Saturday, March 6, 2010

Amalan Kita Yang Terbalik

10 Amalan Yang Terbalik




Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang

amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah

terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut

oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau

terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan

dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-





1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga

simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh

dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah

di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan

untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka.



Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia

makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah

mereka yang hadir makankenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka

termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta

peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?



2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap

salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada

duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri.

Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi.

Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi

sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah

panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.



3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik

kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di

masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini

suatu perbuatan yang terbalik.



4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa

segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan

malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang

dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.



5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah,

sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di

rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa

riak.



6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang

berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta

perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan

puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya

perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?



7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri

sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri

pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari

bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka

dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan

lain.



8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam

periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya.

Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan

tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam.

Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali

hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali

hadir belajar pun menggeletar tangan.Bukankah terbalik amalan kita? Kita

sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau

bersolat dari tidak lulus periksa.



9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi

petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak

mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak

panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu

manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.



10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau

tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah.

Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan

berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan

rumahtangga kurang bahagia.



Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada

menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaraan agar hidup

kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah

mengikut selera kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang

menentukan peraturan hidup kita.

Sabda Rasullullah SAW: "Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat."





(Riwayat Bukhari)



Di

dalam Sirah Nabi Muhammad SAW, ajaran Islam yang dibawa oleh Baginda

SAW ditolak oleh golongan-golongan Pembesar Quraisy. Mereka juga telah

menawarkan tawaran yang begitu lumayan kepada Baginda SAW supaya tidak

lagi meneruskan perjuangannya untuk menyampaikan kebenaran. Mereka

begitu takut sekiranya pengaruh dan kepentingan mereka terhakis

disebabkan kewujudan Islam yang bercanggah dengan amalan jahiliyyah

mereka selama ini.



Selain itu, mereka juga mengancam keselamatan

Nabi Muhammad SAW sekiranya Baginda masih meneruskan perjuangannya

tersebut. Namun, ia langsung tidak dihiraukan oleh Baginda SAW kerana

harta dunia akan lenyap, sedangkan agama itu akan terus hidup dan

berkembang. Dakwah yang disampaikan oleh Nabi SAW kepada pembesar

Quraisy dengan pelbagai cara untuk memahamkan mereka.



Namun, apa

yang terjadi ialah kedegilan mereka untuk menerima Islam. Mereka sudah

pun memahami bahawa Nabi Muhammad SAW membawa satu kebenaran yang nyata

dan jelas, namun mereka masih menolaknya kerana kedegilan mereka, dan

kepentingan mereka. Mereka khuatir sekiranya mereka mengikut Nabi

Muhammad SAW, segala kemewahan yang mereka miliki akan hilang, pangkat

kebesaran mereka akan tercabut dan pengaruh mereka akan luput.



Begitulah

apa yang terjadi hari ini, kebenaran itu sudah jelas nyata di hadapan

mata. Tetapi Islam masih ditolak kerana kedegilan manusia hari ini,

sama seperti pembesar-pembesar jahiliyyah ketika zaman Nabi Muhammad

SAW. Mereka sudah pun tahu bahawa tindakan mereka adalah salah, namun,

demi kepentingan, mereka sanggup untuk berpijak di atas kejahiliyyahan.



Demi

menjaga kedudukan, mereka sanggup melakukan apa sahaja, tidak kira

halal atau haram seperti rasuah, melanggar undang-undang, membuat

kerosakan dan sebagainya. Begitu juga harta yang mereka sayangi. Mereka

tidak sanggup kehilangan harta sekiranya mengikut kebenaran yang jelas

ini. Mereka juga khuatir pengaruh mereka yang selama ini mereka bentuk

di atas jalan yang bersifat kepentingan, akan hilang begitu sahaja

kerana berada di jalan yang benar.



Sekiranya Nabi Muhammad SAW

ditawarkan dengan kekayaan yang tiada bandingannya, hari ini

pejuang-pejuang Islam yang mewarisi perjuangan Nabi SAW turut

ditawarkan dengan jutaan ringgit sebagai rasuah, untuk menggagalkan

misi perjuangan mereka. Maka, siapakah dia Abu Jahal dan Abu Lahab pada

hari ini?



Golongan-golongan pembesar di zaman Nabi SAW berdegil

untuk mempertahankan kedudukannya, walaupun kebenaran itu jelas nyata

di hadapan mata mereka. Mereka mempertahankannya juga walaupun terpaksa

melakukan apa sahaja, asalkan kepentingan yang mereka canang, berhasil.



Mereka

juga sanggup menipu, merampas hak orang lain dan sebagainya, asalkan

kedudukan mereka berkekalan. Atau dengan kata lain, asalkan duit masuk

poket. Inilah apa yang terjadi hari ini. Siapakah yang menzalimi diri

mereka kalau bukan diri mereka sendiri? Mereka sengaja berdegil

daripada menerima kebenaran. Sengaja menutup telinga dan mata mereka

daripada mendengar kebenaran yang sudah jelas nyata.



Salam Perjuangan,







Kisah Di Balik Solat 5 Waktu



Ali bin Abi Talib r.a berkata : "Sewaktu Rasullullah S.A.W duduk bersama para sahabat Muhajirin dan Ansar, maka dengan tiba-tiba datanglah satu rombongan orang-orang Yahudi, lalu berkata: 'Ya Muhammad, kami hendak tanya kepada kamu kalimat-kalimat yang telah diberikan oleh Allah kepada Nabi Musa A.S. yang tidak diberikan kecuali kepada para Nabi utusan Allah atau malaikat muqarrab.'"



Lalu Rasullullah S.A.W. bersabda: 'Silakan bertanya.'



Berkata orang Yahudi: 'Silakan terangkan kepada kami tentang 5 waktu yang diwajibkan oleh Allah ke atas umatmu.'



Sabda Rasullullah S.A.W.:



Solat Zuhur - jika tergelincir ia matahari, maka bertasbihlah segala sesuatu kepada Tuhannya,



Solat Asar - itu ialah saat ketika Nabi Adam A.S.memakan buah Khuldi,



Solat Maghrib - itu adalah saat Allah menerima taubat Nabi Adam A.S., maka

setiap mukmin yang bersembahyang Maghrib engan ikhlas kemudian dia berdoa meminta sesuatu pada Allah maka pasti Allah akan mengkabulk! an permintaannya.



Solat Isya' - itu ialah sembahyang yang di kerjakan oleh para Rasul- Rasul sebelumku,



Solat Subuh - adalah sebelum terbit matahari, ini kerana apabila matahari terbitnya , terbit diantara 2 tanduk syaitan dan disitu sujudnya tiap orang kafir.'



Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasullullah S.A.W. maka mereka berkata: 'Memang benar apa yang kamu katakan itu Muhammad, katakanlah kepada kami apakah pahala yang akan di dapati oleh orang yang sembahyang.



Rasullullah S.A.W bersabda:



'Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sembahyang yang pertengahan,

Solat Zuhur, pada saat itu nyalanya neraka Jahanam, orang mukimin yang mengerjakan sembahyang pada ketika itu akan diharamkan ke atasnya wap api neraka Jahanam pada hari Kiamat.'



Sabda Rasullullah S.A.W. lagi: Manakala Solat Asar, adalah saat di mana Nabi Adam A.S. memakan buah Khuldi. Orang mukmin yang mengerjakan sembahyang Asar akan diampunkan dosanya seperti bayi yang baru lahir.'



Setelah itu Rasullullah S.A.W. membaca ayat yang bermaksud:'Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sekali sembahyang yang pertengahan, Solat Maghrib itu adalah saat di mana taubatNabi Adam A.S. diterima. Seorang mukmin yang ikhlas mengerjakan sembahyang Maghrib kemudian meminta sesuatu dari Allah maka Allah akan perkenankan.

'Sabda Rasullullah S.A.W. Solat Isya'(atamah) . Katakan kubur itu adalah sangat gelap dan begitu juga pada hari Kiamat, maka seorang mukmin yang berjalan dalam malam yang gelap untuk pergi menunaikan sembahyang Isya' berjamaah, Allah S.W.T. haramkan dari

terkena nyalanya api neraka dan diberinya cahaya untuk menyeberangi titi sirath.' Sabda



Rasullullah S.A.W. seterusnya Solat Subuh pula, seorang mukmin yang mengerjakan sembahyang subuh selama 40 hari secara berjamaah, diberi oleh Allah S.W.T. dua kebebasan yaitu:



1. Dibebaskan dari api neraka.

2. Dibebaskan dari nifaq.



Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasullullah S.A.W maka mereka berkata: 'Memang benarlah apa yang kamu katakan itu wahai Muhammad (S.A.W).

Kini katakan pula kepada kami semua kenapakah Allah S.W.T. mewajibkan puasa 30 hari ke atas umatmu?'.



Sabda Rasullullah S.A.W.:



'Ketika Nabi Adam memakan buah pohon yang dilarang, lalu makanan itu tersangkut dalam perut Nabi Adam A.S. selama 30 hari. Kemudian Allah S.W.T. mewajibkan ke atas keturunan Adam A.S. berlapar selama 30 hari. Sementara izin makan di waktu malam itu adalah sebagai kurnia Allah S.W.T. kepada makhluk Nya.'



Kata orang Yahudi: 'Wahai Muhammad, memang benarlah apa yang kamu katakan itu. Kini terangkan kepada kami ganjaran pahala yang diperolehi dari puasa itu.'



Sabda Rasullullah S.A.W.

'Seorang hamba yang berpuasa dalam bulan Ramadhan dengan ikhlas kepada Allah S.W.T. dia akan diberi oleh Allah S.W.T tujuh perkara:



1. Akan dicairkan daging haram yg tumbuh dari badannya (daging yang tumbuh dengan makanan yang haram).

2. Rahmat Allah sentiasa dekat dengannya.

3. Diberi oleh Allah sebaik-baik amal.

4. Dijauhkan dari merasa lapar dan haus.

5. Diringankan baginya siksa kubur (siksa yang sangat mengerikan).

6. Diberikan cahaya oleh Allah S.W.T pada hari Kiamat untuk menyeberang titian sirath.

7. Allah S.W.T. akan memberinya kemudian di syurga.'



Kata orang Yahudi: 'Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad. Katakan kepada kami kelebihanmu antara semua para nabi-nabi.'



Sabda Rasullullah S.A.W.:'Seorang nabi mengunakan doa mustajabnya untuk membinasakan umatnya, tetapi saya tetap menyimpankan doa saya (untuk saya gunakan memberi syafaat pada umat saya di hari kiamat).'



Kata orang Yahudi: 'Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad, kini kami mengakui dengan ucapan Asyhadu Alla illaha illallah,wa annaka Rasulullah (kami percaya bahawa tiada Tuhan kecuali Allah dan engkau utusan Allah).'



"Dan sesungguhnya akan Kami berikan cobaan kepadamu,dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah2an. Dan berilah berita gembira kepada orang2 yang sabar."(Al-Baqarah : 155)

Disebutkan di dalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP.



Bertanya orang kepada Rasulullah saw : "Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?"



Maka jawabnya Rasulullah saw, "Umatku dikenali kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'." Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil

membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian Siratul Mustaqim dan memasuki alam syurga, sehingga

setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahwa mereka adalah Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahwa sepuluh orang yang mayat nya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati :



1. Para Nabi

2. Para Ahli Jihad

3. Para Alim Ulama

4. Para Syuhada

5. Para Penghafal Al Quran

6. Imam atau Pemimpin yang Adil

7. Tukang Azan

8. Wanita yang mati kelahiran/beranak

9. Orang mati dibunuh atau dianiaya

10. Orang yang mati di siang hari atau di malamJumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.



Di dalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw: Apabila datang hari qiamat dan orang orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan : Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa (ahli puasa) dari kubur! mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng

dan buah buahan syurga. Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa

dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi. Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud :

"Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu

kerjakan pada HARI yang telah LALU itu."





Diberitakan oleh Abu Hurairah ra bahawa ramai orang bertanya kepada

Rasulullah saw, tanya mereka, "Dapatkan kami melihat Tuhan kita nanti

di hari kiamat?"



Jawab Nabi, "Masih sangsikah kamu untuk dapat melihat bulan purnama

pada malam empat belas yang tak berawan."



Jawab mereka, "Tidak ! Ya Rasulullah !"



Tanya Rasulullah, "Masih sangsikah kamu untuk dapat melihat matahari

di tengah hari yang tidak berawan?"



Jawab mereka, "Tidak!"



Sabda Nabi saw, "Sesunguhnya kamu akan melihat Allah (Tuhanmu) seperti

itu. Pada hari kiamat itu akan dikumpulkan seluruh manusia. Lalu Allah

berfirman, 'Siapa yang menyembah sesuatu (selain aku), maka ia

hendaklah mengikut sembahannya itu.'



Di antara mereka itu ada yang mengikut matahari, ada yang mengikut

bulan, ada yang mengikut bermacam-macam thagut (berhala). Maka

tinggalah umat Islam, termasuk orang-orang munafik.



Allah akan datang kepada mereka dan berfirman, 'Aku adalah Tuhanmu!'



Jawab mereka, 'Kami akan tetap di sini sampai tuhan kami datang.

Apabila tuhan kami datang, kami akan mengenalNya. '



Maka datanglah Allah kepada mereka lalu berfirman, 'Aku tuhanmu !'



Jawab mereka, 'Ya, Engkaulah tuhan kami.'



Allah akan memanggil mereka dan sebuah jambatan akan dibentangkan

merentasi neraka jahanam. Aku (Muhammad) adalah orang pertama di

antara para rasul beserta umatnya yang mula-mula melintasinya. Tidak

seorang pun di kala itu yang berkata-kata kecuali doa para rasul. Doa

mereka ketika itu adalah 'Ya Allah ! Selamatkan ! Selamatkan !'

(Allahuma salim salim )"



"Di dalam nereka jahanam itu terdapat kaitan-kaitan seperti duri kayu

Sa'dan. Tahukah anda duri Sa'dan itu?"



Jawab orang ramai, "Tahu !"



Sabda Nabi saw, "Rupanya seperti duri kayu Sa'dan tetapi besarnya

hanya Allah saw sahaja yang tahu. Manusia akan terkait kerana amalnya.

Di antaranya ada yang jatuh terkait sesuai dengan amalnya, tetapi ada

pula yang terkait sedikit saja, kemudian terlepas."



"Apabila Allah swt, menghendaki akan rahmat kepada penduduk neraka,

maka disuruhNya malaikat mengeluarkan orang-orang yang pernah

menyembah Allah. Mereka segera mengeluarkannya, yang masing-masing

didahinya dengan tanda-tanda sujud. Allah swt mengharamkan api memakan

tanda bekas sujud. Maka keluarlah mereka dari neraka. Seluruh tubuh

anak adam akan dimakan api kecuali bekas sujud."



"Para malaikat mengeluarkan mereka dari neraka dalam keadaan hangus.

Lalu menyiram mereka dengan air kehidupan. Maka tumbuhlah badan mereka

seperti tumbuhnya benih di tanah bekas banjir."



"Setelah Allah swt mengadili mereka masih ada ketinggalan seorang

antara surga dan neraka. Dialah orang terakhir dari isi neraka yang

akan masuk ke dalam syurga."



"Dikala mukanya menghadap ke neraka dia mendoa, 'Wahai tuhanku !

Palingkanlah mukaku dari neraka ini. Baunya sungguh menyakitkan aku,

dan panasnya membakarku.'



Allah bertanyanya, 'Sekiranya permintaanmu Aku kabulkan, apakah engkau

hendak meminta lagi yang lain.'



Jawabnya, 'Demi kebesaran Engkau, tidak akan kuminta lagi.'



Maka diperkenakan oleh Allah permintaan tersebut dengan perjanjian

tersebut. Lalu dipalingkan Allah mukanya dari neraka.



Tetapi setelah mukanya dihadapkan ke syurga dan dilihatnya keindahan

syurga, diamlah ia seketika. Kemudian ia berdoa'a pula, 'Ya Tuhanku,

bawalah aku ke dekat pintu syurga.'



Allah bertanya, 'Bukankah engkau telah berjanji denganKu, yang engkau

tidak akan membuat permintaan lagi?'



Jawab orang itu, 'Wahai, tuhanku ! Jangan jadikan aku makhluk yang

paling malang.'



Jawab Allah, 'Sekiranya permintaanmu Aku kabulkan, apakah engkau

hendak meminta lagi yang lain.'



Jawabnya, 'Tidak ! Demi kebesaranMu, aku tidak akan meminta yang lain lagi."



Lalu diperkenankan Allah permintaannya dengan perjanjian, dan dia

dibawa ke pintu syurga.



Setelah sampai di pintu syurga, dia terlihat keindahan syurga,

kegemilangan dan kegembiraan yang ada di dalam syurga. Dia terdiam

pula seketika.



Kemudian dia bermohon pula, 'Wahai, Tuhanku ! Masukkanlah aku ke dalam syurga !'



Kata Allah, 'Kasihan kamu, hai anak Adam! Alangkah penipunya kamu !

Bukankah kamu sudah berjanji tidak akan meminta lagi setelah kamu

peroleh.'



Jawabnya, 'Ya tuhan ! Janganlah kiranya aku dijadikan maklhluk yang

paling malang.'



Allah 'Azza wa Jalla tertawa mendengar ucapannya itu. Kemudian Dia

mengizinkannya masuk ke syurga.



Berkata Allah, 'Mintalah segala yang kamu inginkan.' Lalu dia memohon

segala yang diinginkannya sehingga puas. Kemudian Allah berfirman,

'Mintalah tambahan ini dan itu.'



Diingatkan oleh Allah kepadanya berbagai macam keinginnya sampai dia puas.



Firman Allah pula, 'Semua ini untukmu dan ada lagi tambahannya

sebanyak itu pula.'"



S. Bukhari I :: Azan.







Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yg duduk diatas pintu rumah. Tugasnya ialah utk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehinggalah Baginda mendengar jawapan salam daripada isterinya. Disaat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.



Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:



1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.



2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dlm lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.



3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia keatas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.



4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap2 sembahyang fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yg bersyukur, setiap perbuatan orang yg benar, pahala nabi2 serta Allah melimpahkan padanya rahmat.



5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.



6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.



7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.



Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda,"Sampaikan lah pesanku biarpun satu ayat..."



Wassalam,



"Utamakan SELAMAT dan SEHAT untuk Dunia Mu, Utamakan SHOLAT dan ZAKAT untuk Akhirat Mu"







*Salam all,*







*Panduan Bagi Orang Yang Diuji* *Hadith : * *Rasulullah s.a.w bersabda yang

maksudnya “Tidak ada keberanian yang *

*paling disukai oleh Allah S.W.T selain dari keberanian hamba menahan *

*kemarahan. Tidaklah seorang hamba itu menahan kemarahannya melain*

*kan Allah S.W.T. akan mengisi dadanya dengan keimanan.”*

* Riwayat Ibn Abi Dunya



Pengajaran Hadis:

i) Menahan perasaan marah, memaafkan kesalahan orang lain dan berlaku

ihsan adalah antara sifat yang mesti dipupuk dalam diri setiap manusia

kerana ia boleh menambahkan keimanan.



ii) Marah umumnya menunjukkan sifat seorang yang lemah kerana gagal

mengawal emosinya sendiri. Ia merupakan tabiat yang sukar dihapuskan.

Apabila marah, kedua mata menjadi merah, urat leher pula kelihatan timbul.

Oleh itu Rasulullah mengatakan bahawa kemarahan itu adalah bara api di

dalam hati anak Adam dan ia datangnya daripada syaitan yang dijadikan

daripada api di mana api hanya dapat dipadamkan dengan air. Maka

Rasulullah s.a.w menasihatkan apabila marah, hendaklah seseorang itu

berwudhuk (mengambil air sembahyang).



iii) Imam al-Ghazali pula berkata:” Kemarahan manusia itu bermacam-

macam-macam. Setengahnya cepat marah tetapi cepat tenang.

Setengahnya pula lambat marah dan lambat pula tenang dan setengah

yang lain pula, lambat marah tetapi cepat tenang. Maka yang ketiga inilah

yang paling terpuji.”



iv) Tidak semua kemarahan itu dilarang oleh Islam. Marah perlu ada terhadap

perkara yang tidak disukai yang menyalahi kebenaran sebagaimana yang

diajarkan oleh agama atau perkara yang terang-terang dilarang agama

di mana kita dilarang mendiamkan diri jika kehormatan peribadi dan agama

dihinakan.



Anak Adalah Ujian Allah Hadith : Dari Aisyah r.a katanya:”Seorang wanita

datang kepadaku membawa dua orang

anaknya, meminta makanan. Tetapi tiada apa yang boleh didapatinya daripadaku



ketika itu selain daripada sebiji kurma, lalu kuberikan kepadanya. Kurma itu



dibahagi dua dan diberikannya kepada kedua anaknya itu, dan ia sendiri tidak



memakannya. Kemudian ia berdiri dan terus pergi. Setelah nabi s.a.w datang,

aku ceritakan hal itu kepada baginda. Sabda beginda s.a.w, “Sesiapa mendapat



cubaan kerana beberapa anak daripadanya, maka semuanya itu akan menjadi

dinding baginya daripada api neraka.”

(Bukhari)



Ujian Menghapuskan Dosa Hadith : Nabi s.a.w bersabda: "Tidak ada

seseorang Islam yang ditimpakan sesuatu yang

menyakiti, iaitu penyakit atau lainnya, melainkan Allah gugurkan dengan

sebab itu dosa-dosanya, sebagaimana pokok menggugurkan daunnya (pada

musimnya yang tertentu)."

Abdullah bin Mas'ud r.a

*



--

Tak guna ada mata kalau tak dapat melihat.Tak guna ada hati kalau tak tahu

menilai..... ..



Ya ALLAH!!

Manakala hati ini menjadi keras dan semua

jalanku terasa sempit, ku jadikan harapanku

kepada keampunanMu sebagai tangga

keselamatan.











"

12

Rabiulawal menjelang lagi. Tarikh ini mengingatkan kita kepada

keputeraan nabi junjungan kita Muhammad S.A.W yang berlaku lebih 14

kurun yang lalu. Insan pilihan Allah ini dilahirkan dengan penuh

keistimewaan, sejak hari lahirnya hinggalah waktu wafatnya. Di hari

kelahirannya, terpadam api biara Majusi yang tidak pernah padam sebelum

itu, runtuhnya istana Kisra Parsi, Mekah diterangi cahaya putih dan

pelbagai kejadian pelik lain.



Seminggu sebelum

tibanya 12 Rabiulawal, masyarakat di Syria telah sibuk bercakap

mengenai Rasulullah S.A.W melebihi dengan apa yang dilakukan mereka

pada hari-hari biasa. Ulama´-ulama´ pula sememangnya mengambil

kesempatan ini untuk mendidik masyarakat untuk cinta kepada nabi,

sesuatu yang susah kita nak dapati di Malaysia. Suasananya begitu

terasa. Hari ini pun aku mendengar khutbah Jumaat Sheikh Sariah

mengenai cinta kepada Rasulullah. Semasa majlis zikir pada waktu pagi

pun, dia bercerita dan memberi tazkirah mengenai cinta kepada

Rasulullah. Subhanallah...insaf rasanya apabila merasakan diri ini hanya

mampu melafazkan cinta kepada nabi tetapi jauh sekali rasanya kedudukan

cinta nabi itu di hatiku mahupun dengan amalanku. Astaghfirullah....

RAHMATAN LIL `ALAMIN

Hadirnya

baginda ke dunia ini menjadi rahmat besar ke seluruh alam. Bukan

sekadar kepada masyarakat Arab di semenanjung tanah arab, bahkan semua

orang di atas muka bumi ini. Malah rahmat ini meluas bukan sahaja

kepada manusia, tetapi kepada makhluk-makhluk Allah yang lain termasuk

malaikat, binatang, tumbuhan, jin, batu-batu dan sebagainya. Rahmat ini

datang dengan pakej Islam, bukan dengan pakej lain. Bukan dengan pakej

bangsa Arab, bukan dengan pakej nasionalisme, bukan dengan pakej

kapitalisme, akan tetapi hanya dengan Islam!! Dengan kata lain, rahmat

ini hanya dapat dirasai sekiranya kita mengamalkan Islam. Kita tidak

merasai rahmat ini seratus peratus sekiranya kita mencampurkan Islam

dengan perkara lain. Malah, rahmat ini dapat dirasakan oleh orang bukan

Islam sekiranya Islam dilaksanakan.



BUKAN TEPUK SEBELAH TANGAN

Kalau

orang sedang bercinta, mereka sering katakan "Aku bertepuk sebelah

tangan" sekiranya cintanya tidak diterima orang atau dia hanya syok

sendiri. Kita pun telah mengetahui betapa banyak orang yang frust

bercinta hanya kerana cintanya tidak berbalas. Ini fenomena dalam cinta

haram atau cinta monyet. Cinta yang dianjurkan oleh Islam amat berbeza

benar, sama ada bercinta dengan Allah mahupun cinta kepada Rasulullah

S.A.W.



Percintaan

dengan S.A.W amat unik kerana baginda telah dahulu memulakan percintaan

ini, sebelum kita semua memulakannya. Baginda telah menyintai kita

semua sebelum kita semua menyintainya. Baginda telah menghulurkan

tangannya untuk bertepuk dengan kita sambil menunggu kita untuk

membalasnya. Ironinya, nabi S.A.W tidak memerlukan kepada balasan kita

sebenarnya. Baginda memulakannya kerana ingin melihat kita bahagia dan

senang di akhirat kelak.



Ketikamana Rasulullah bersabda "Sesiapa

yang berselawat kepadaku sekali, maka Allah akan berselawat (berdoa) ke

atasnya (sesiapa yang berselawat) dengan 10 kali selawat", Rasulullah

amat gembira dengan kurniaan Allah S.W.T tersebut. Bukanlah gembira

dengan pujian dan limpahan doa yang bakal dilakukan oleh umat

kepadanya, akan tetapi baginda gembira dan seronok apabila Allah akan

memberikan ganjaran yang banyak kepada umatnya. Mana tidaknya, sekali

kita berselawat kepada nabi, Allah akan membalasnya dengan 10 kali

lebih baik daripada itu. Imam Sakhowi ketika mengulas perkara ini

mengatakan bahawa satu selawat Allah (doa) kepada umatnya lebih baik

daripada membuat 1000 kebajikan. Lihatlah cintanya nabi kepada kita

semua, lebih memikirkan nasib umatnya berbanding perkara lain.



Kita

juga tidak boleh melupakan jasa nabi Muhammad S.A.W ketika menerima

ibadah solat fardhu pada peristiwa Isra´ Mikraj. Daripada 50 rakaat

yang ditaklifkan, nabi berusaha untuk mengurangkan bilangan tersebut

sehinggalah menjadi 5 rakaat seperti sekarang selepas mendapat signal

daripada nabi Musa yang menyatakan umat akhir zaman ini tidak mampu

melakukan ibadah sebanyak itu. Lalu turun-naik lah nabi berjumpa Allah

untuk mengurangkan bilangan tersebut lantaran memikirkan umatnya

walaupun dia sendiri `tebal muka´ untuk meminta pengurangan itu. Ada

sebahagian riwayat menyatakan daripada 50 rakaat yang disyariatkan, ia

dikurangkan 5 rakaat setiap kali nabi mengadap Allah. Secara congakan

akal yang dangkal ini, bermakna 9 kali nabi S.A.W turun-naik secara

tebal muka untuk berunding bagi urusan umatnya!! Akhirnya dengan sifat

kasih sayang Allah jua, kita hanya difardhukan untuk menunaikan 5 kali

solat sehari tetapi pahalanya tetap sama dengan 50 rakaat yang mula

disyariatkan !!



Saat-saat

akhir nabi di alam ini adalah isyarat yang paling jelas kepada kita

bahawa baginda telah memulakan proses percintaan ini sebelum kita

memulakannya. Ketika baginda nazak menghadapi sakaratul maut, baginda

masih menyebut "Ummati, ummati, ummati (umatku, umatku, umatku)". Jika

kita fikir-fikirkan pun, tak mungkin orang yang sakit akan menyebut

perkara yang lain ketika sakitnya melainkan mengerang kesakitan. Akan

tetapi kerana cintanya kepada umatnya, baginda masih memikirkan umatnya

walaupun di penghujung usia.... Ya Allah !!!!



MEMBALAS CINTA

Sudah

menjadi resam orang bercinta, cinta itu akan menjadi asyik dan amat

memabukkan jika cinta itu berbalas. Begitu juga bentuk cinta ini.

Baginda telah menghulurkan cintanya, maka kitalah perlu menyambutnya.

Malangnya kita pada hari ini, tidak mabuk dengan cinta kepada Allah dan

cinta kepada nabi tetapi mabuk dengan cinta monyet dan cinta manusia

yang fana´. Kita perlu memuhasabah kembali sejarah yang telah dilalui

semoga generasi akan datang tidak kering dan gersang dengan cinta

kepada Rasul mereka.



Sememangnya

kesilapan bermula sejak awal lagi. Ketika kita kecil, kita tidak diajar

untuk mencintai baginda. Kita lebih dulu diajar A-B-C sebelum diajar

mengenali nabi. Kita lebih dulu diajar 1-2-3 sebelum kita diajar

mencintai nabi. Malah amat mengecewakan perkara ini tidak langsung

mendapat perhatian ibu bapa. Kita boleh lihat, anak-anak kini

dibesarkan dengan watak-watak animasi Pokemon, Doraemon, Superman,

Power Rangers dan Mickey Mouse. Astro menjadi pendidik kanak-kanak kini

menggantikan peranan ibu bapa yang sepatutnya berperanan. Bagaimana

perkara ini boleh terjadi? Tepuk dada, tanya iman.. Islam awal-awal

lagi telah mengajar bagaimana kita hendak mendidik anak-anak dengan

betul. Rasulullah pernah bersabda ;



أَدّÙ?بوا

أولادَكم على ثلاثÙ? Ø®Ù?صَالÙ? جبّÙ? نبيكم وجبّÙ? أهل بيته وقراءةÙ? القرآن Ù?إن

جملة القرآن Ù?Ù‰ ظل الله يوم القيامة يوم لا ظل إلا ظله مع أنبيائه وأصÙ?يائه

"Didiklah

anak-anak kamu dengan 3 perkara - Cinta kepada nabi, cinta kepada

keluarga nabi dan membaca al-Quran kerana orang yang menjadi ahli

al-Quran akan berada di bawah naungan Allah bersama para anbiya´dan

para sufi ketika hari kiamat di mana pada ketika itu tiada naungan lain

kecuali naungan Allah"



Oleh

kerana itu, kita semua perlu memupuk cinta ini dalam diri

masing-masing. Sekiranya kita ada anak-anak, ajarkanlah mereka cinta

kepada nabi sebelum mereka mengenali artis ataupun ikon animasi lain.

Sekiranya kita seorang guru, selalulah bercerita kepada murid-murid

mengenai nabi, insyaAllah daripada menceritakan peribadi baginda, orang

akan jatuh cinta kepadanya. Walaubagaimanapun, ia perlu sentiasa

dihangatkan dan jangan ditinggalkan. Umpama hubungan suami dan isteri,

cinta akan menjadi lebih kuat apabila ia sentiasa dihangatkan dengan

pengorbanan dan persefahaman.



Kesan

perasaan cinta ini, kita akan membuktikannya dengan amalan kita. Bukti

kecintaan yang paling besar ialah mengamalkan sunnahnya. Bukan sekadar

mengamalkan sunnah-sunnah yang kecil seperti bersiwak, memakai serban

atau memakai capal seperti capal Rasulullah, akan tetapi juga

mengamalkan sunnah yang lebih besar seperti menjadi pewaris anbiya´

iaitu ulama´, membina negara dan berusaha mendaulatkan Islam. Kita juga

akan bangkit ketikamana baginda dihina seperti yang berlaku di Denmark

sebelum ini. Begitu juga kecintaan ini akan menyebabkan kita sentiasa

mengingati baginda dengan berselawat kepadanya. Selawat inilah yang

akan menjadi charger cinta kita kepada nabi S.A.W.



MEMPERINGATINYA SEMPENA KEPUTERAAN BAGINDA

Menyambut

keputeraan baginda merupakan satu peluang bagi kita mengingatinya. Ini

bukanlah bermakna kita hanya mengingatinya pada hari kebesaran baginda

dan melupakannya pada hari-hari yang lain. Kita amat berbeza dengan

orang barat. Orang barat merayakan Hari Ibu kerana mereka tidak

berkesempatan untuk berbuat baik kepada ibu mereka pada hari-hari yang

lain. Pada Hari Ibu, mereka pulang ke rumah dan memberi hadiah kepada

ibu-ibu mereka kerana tidak sempat berbuat baik pada hari-hari lain.

Begitu juga dengan Valentine Day..Semuanya dari barat yang sesat dan

lemas dengan kehidupan dunia mereka. Islam tidak begitu. Islam

menganjurkan kita sentiasa berbuat baik kepada sesiapa sahaja termasuk

ibu bapa kita pada setiap masa dan waktu, malah melarang kita derhaka

kepada mereka hatta tidak boleh berkata `Uh´ kepada mereka.



Begitu

juga apabila kita menyambut keputeraan Rasulullah (Maulidurrasul) .

Bukan bermakna kita hanya mengingati baginda pada hari ini. Kita

mengingati baginda mereka setiap hari dan setiap waktu solat kita

apabila melafazkan selawat kepada baginda pada waktu tahiyyat. Pada

hari maulid ini, kita hanya meningkatkan lagi rasa kasih dan sayang

kita kepadanya lebih daripada hari-hari yang lain. Moga-moga dengan

mengingati baginda akan menguatkan lagi azam kita untuk menjadi pejuang

agama dan sunnahnya.



RASULULLAH DI HATI KITA

Sebenarnya

amat bertuah kita menjadi umat nabi Muhammad. Tidakkah kita ingat

bahawa para rasul yang lain ingin benar menjadi umat Muhammad kerana

banyak kelebihan yang diberikan oleh Allah. Namun itulah takdir, hanya

insan yang terpilih menjadi umat utusan akhir ini.



Kita

telah mengetahui pengorbanan Rasulullah dan juga betapa tingginya cinta

baginda kepada kita.. Baginda telah meletakkan kita sebagai umatnya di

tempat yang tinggi di dalam hatinya. Setelah mengetahui ini semua, kita

perlu persoalkan kepada diri kita sendiri, siapa pula Rasulullah di

hati kita sekarang? Adakah kita telah meletakkan nilai cinta kita ini

lebih tinggi daripada cinta kita terhadap dunia? Atau cinta kepadanya

sama sahaja seperti kasih kita kepada orang-orang lain di atas muka

bumi ini? Atau lebih teruk lagi, kita tidak langsung berasa cintakan

Rasulullah. Tatkala orang menghina Rasulullah, kita hanya melihat dari

jauh tanpa bangkit. Tatkala orang memijak-mijak sunnah Rasulullah

dengan mengambil sumber panduan lain daripada al-Quran dan sunnah, kita

tidak bersuara dan kadang-kadang tu menyokong pula.



Wahai

sahabat-sahabat, apakah nasib kita di akhirat nanti tanpa cinta ini?

Dengan siapa kita mahu mohon syafaat selain daripada Rasulullah?

Layakkah kita mendapat syafaat baginda di akhirat tanpa cinta suci ini?

Apakah kesudahan kita semua di akhirat? Ya Allah, berilah kekuatan

kepadaku untuk menjadi umat Muhammad yang cinta kepadanya..

0 Comments:

blogger templates 3 columns | Make Money Online